Kadang kala, kami sebagai penulis tidak mampu untuk menyatakan dengan penuh ketepatan deskripsi sesuatu produk. Dengan kemunculan zaman telefon bimbit, fenomena emoji turut menjelma, di mana ia amat membantu pengguna dalam ekspresi harian mereka. Kini, pihak Google ingin meningkatkan fenomena ini dengan memperkenalkan sokongan terjemahan emoji untuk pelayar web Chrome untuk Android.
Secara asasnya, sokongan terjemahan ini membolehkan sebarang laman web yang dilayar pada Chrome untuk Android untuk diterjemahkan kepada emoji, di mana kata-kata kunci akan diubah kepada emoji. Sebagai contoh, “day” akan diubah kepada emoji matahari, “TV” akan diubah kepada emoji televisyen, dan bnayak lagi. Terjemahan emoji ini akan turut diubah kepada Bahasa Inggeris, so you’ll be reading this post in English when it is translated to emoji.
Menariknya, pihak Google sebenarnya mendapat idea terjemahan kepada emoji ini setelah penat membuat penyelidikan siang malam untuk meningkatkan kualiti pengalaman membaca pada skrin yang bersaiz kecil, seperti yang boleh dilihat pada telefon pintar dan tablet masa kini. Hasilnya, terjemahan emoji bukan sahaja menyampaikan emosi yang kompleks, malah terjemahan emoji turut membolehkan teks pada laman web menjadi lebih padat.
Para pengguna pelayar Chrome untuk Android kini boleh menggunakan terjemahan emoji pada peranti Android. Setelah laman web yang ingin diterjemahkan telah selesai dimuatkan, tekan butang “Menu” pada peranti dan klik pada pilihan “Translate to emoji”. Laman web tersebut akan kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa emoji bersama dengan Bahasa Inggeris.
(Sumber: Chrome Blog)
Follow us on Instagram, Facebook, Twitter or Telegram for more updates and breaking news.